...love what you do and do what you love...

Friday, August 19, 2011

my hero


Abah
dengan sedikit usahamu
maka senyawalah aku bersama ibu
9 bulan 10 hari kau menuggu
lahirlah aku di petang waktu

Abah
kedegilanmu membentuku
menjadi seorang gadis yang bersifat sepertimu
tidak gentar dengan apa yang berlaku
tetap teguh berdiri walau dihujani liku


Abah
ketegasanmu juga menyatakan sesuatu
bahawa pendirianmu itu jitu
datanglah apa jua pujuk rayu
tidak akan mampu mengubah keputusan itu

Abah
semakin menginjak usiaku
semakin aku mengerti sikapmu itu
malah aku bersyukur mempunyai ayah sepertimu
kerana dengan sikapmu itu
aku boleh berbangga dengan diriku

Abah
walau begitu didikanmu
engkau membesarkan aku dengan segala kudratmu
engkau limpahkan sepenuh kasih sayangmu
engkau kurniakan segala permintaan ku
walaupun hakikatnya terlalu sukar untuk engkau melakukan itu

Abah
keperitan dan kesakitan yang engkau rasai dipenghujung usiamu
amat-amat menyedarkan aku 
bahawa aku akan kehilangan HERO ku
dan dengan itu 
engkau pergi membawa semua kenangan bersamamu

Abah
ketiadaanmu kini amat dirindu
rindu dengan ketegasan dan kedegilan itu
rindu dengan kata-katamu 
rindu dengan lawak dan teka-teki mengarut itu
rindu dengan tawa dan senyuman di wajahmu
rindu dengan kasih sayang dan perhatianmu
rindu dengan semua itu
rindu dengan dirimu
wahai HERO ku

0 kate kau: