...love what you do and do what you love...

Saturday, April 30, 2011

~Persahabatan~




Bermulanya ia dengan salam perkenalan
Maka terciptalah sebuah persahabatan
Persahabatan yang sukar diungkap dengan kata-kata
Bertukar-tukar idea dan cerita
Bergelak ketawa
Bergurau senda
Kisah suka dan duka, apa sahaja
Semuanya terluah atas nama sahabat

Kini
Perkenalan yang mulanya membahagiakan
Membawa kepada kedukaan
Bukan kerana sengketa atau pertelingkahan
Tetapi
Lumrah kehidupan
Pertemuan lawannya perpisahan
Kata orang
Perpisahan itu sesuatu yang menyakitkan
Lebih-lebih lagi terpisahnya sebuah persahabatan

Sabarlah wahai sahabat
Perpisahan kita ini bukanlah untuk selamanya
Rezeki Tuhan tidak siapa menyangka
Aku pasti, aku pasti
Di suatu hari yang indah
Kita akan bertemu sekali lagi
Walaupun ketika itu tidak seindah sekarang
Tetapi aku yakin ia lebih bermakna dari apa yang pernah kita lalui

Terima kasih sahabat
Terima kasih atas keterbukaanmu
Yang sudi menerima seadanya aku
Menceriakan hidupku
Malayan kerenah ku
Menemani aku
Dikala suka dan duka
Akan ku ingat sahabat
Pada apa yang telah kita cipta

Terima kasih Tuhan
Kerana menemukan aku dengan sahabatku
Ketahuilah sahabat
Bahawa engkau sentiasa di dalam hati dan doaku

teristimewa buat
farah aqilah shariffuddin, alya farahin anwar,
umar nurfitri baharudin, suhani nur'ain abu hanipah, basirah ishak 

0 kate kau: